28 January, 2017

Perempuan

Perempuan
Kalau sudah cantik
Masih kekal cantik
Mampu untuk bercantik-cantik
Usahlah memandang insan lain dengan jelek

Perempuan
Kalau sudah bahagia
Masih kekal bahagia
Gembira punya keluarga sempurna
Doakan insan lain juga merasa

Perempuan
Kalau sudah kaya
Masih kekal kaya
Sudah kaya lagi berjaya
Usahlah menunjuk kamu ada segala

Perempuan 
Beruntunglah engkau dikurnia segala kelebihan
Yang menjadi dambaan setiap insan
Sekelumit kelebihan yang aku inginkan
Takkan setara dengan apa yang Allah kurniakan padamu perempuan
Tidak perlulah engkau merasa aku sebagai ancaman
Kerana aku tidak pernah berniat untuk kita bermusuhan
Demi sebuah kecantikan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan
Yang Allah pinjamkan

Perempuan
Lebihnya engkau, kurangnya aku
Lebihnya aku, kurangnya engkau
Itulah dinamakan insan berkehidupan
Tiada yang sempurna, tiada yang berkekalan



27 January, 2017

Romantik katanya..


Oklah tu, suami dia nak juga keluar dari kereta & bukakan pintu. Kalau kena jenis suami yang turunkan tingkat & suruh isteri hulur tangan sendiri buka pintu kereta dari luar, berhuhu ajelah.