24 February, 2016

Bila kita diam

Bila kita diam
orang pijak kepala kita

Sedangkan kita diam kerana
tak mahu panjangkan cerita
tak mahu wujudkan sengketa
tak mahu ada hati yang terasa
tak mahu menambah dosa sedia ada

Kita rela menangkan mereka
kita rela biarkan mereka
nampak mereka yang betulnya
nampak mereka yang tahu segala

Bila kita diam
orang pijak kepala kita
seolah diam itu milik orang bodoh
seolah diam itu milik pesalah mutlaknya

Jangan bermain api dengan orang yang diam
kerana apa yang dipendam, sekali meledak
banyak yang akan rosak binasa


22 February, 2016

Quotes from a remarkable painter

For my part I know nothing with any certainty, but the sight of the stars makes me dream.
What would life be if we had no courage to attempt anything?
I dream of painting and then I paint my dream. 
                                                                                                Vincent Van Gogh

18 February, 2016

Making a good impression is important

Ada yang hantar resume kerja, cover letter tak ada, tulis ayat macam nak hantar emel dekat kawan-kawan aje. Adik-adik, emel itu juga salah satu medium untuk berkomunikasi dan berurusan secara rasmi, seeloknya gunakanlah alamat emel yang punya ciri-ciri rasmi atau professional, seperti namasebenardannombor[at]gmail.com misalnya. Alamat emel juga melambangkan peribadi si empunya. Alamat-alamat emel yang comel-comel, poyo-poyo atau super cool itu eloklah diketepikan untuk hal-ehwal peribadi sahaja.

Sila juga put some effort untuk mencari bahagian yang menguruskan tentang Pentadbiran atau Khidmat Pengurusan atau Pengurusan Sumber Manusia, dapatkan nama, alamat, emel dan no. telefon pegawai yang dikenalpasti dapat menguruskan permohonan anda. Janganlah asal boleh aje, hantar pada webmaster Portal atau kepada orang/bahagian yang tak sepatutnya. Walaupun hantar permohonan kerja melalui emel, gunalah ayat yang proper untuk menjelaskan maksud tujuan emel tersebut dihantar, paling tidak pun,  adalah cantik menyalinkan ayat cover letter ke dalam ruangan content.  Gunakan tajuk, kata ucapan dan panggilan hormat yang sesuai. Dengan cara itu, kebarangkalian permohonan kita untuk diambil perhatian adalah lebih tinggi sekaligus meninggikan kebarangkalian untuk kita diterima bekerja.

Sharing is caring : ADAB PERMOHONAN KERJA MELALUI EMEL

Hanya sekadar pandangan pekerja awam, kumpulan sokongan yang masih mencuba memberikan yang terbaik untuk kerja-kerjanya.