24 August, 2016

Lukis-lukis

Throwback kepada cerita hujung minggu lepas. Aku ni konon nak tunjuk prihatin pada si anak, maka dengan senang hati offer nak bantu si kinting siapkan tugasan DSVnya. Dia nak lukis ikan, tapi ikan yang dilukis kecik sangat sedangkan atas perut ikan tu nanti perlu dipotong-potong untuk dibuat anyaman. Aku dulu kalau sebut anyaman, cikgu seni suruh buat tikar terus. Yang ini, cikgu minta mereka potong ikan tu berlekuk-lekuk dan masukkan potongan kertas berwarna berselang-seli untuk dapatkan kesan sisik yang timbul. Kalau dah ikannya kecik, macam mana pula nak mengayam tu nanti kan, maka aku pun tunjukkan contoh, aku ambil kertas lukisan kosong dan mula melukis ikan ala-ala ikan bawal.

Cik kinting : Ibu nak lukis ikan apa tu? Kawan-kawan Anim semua lukis Nemo.
Ibu : Ikan bawal. Ala macam Dory tu. Kena lukis besar-besar baru senang nak anyam nanti (sambil melukis dengan yakin)
Cik kinting : Ooo..ok, tapi kenapa mulut dia macam mulut ayam. Ada ke ikan mulut macam ayam???
Ibu : Err..ada la ikan mulut macam ni (tapi dalam hati mengaku, mulut ikan yang dilukis tu ada rupa macam paruh ayam pun ye). Takpe la nanti Anim adjust la.
Cik kinting : Ok, sekarang ibu tunjuk macam mana nak lukis kuda laut pulak.
Ibu : Kuda laut? Sekejap. (Muka kena confident walaupun kepala kuda laut yang dilukis nampak macam kepala tikus sudahnya).

Dan dari berkat keyakinan itulah, si anak pun lukis kuda laut serupa itu juga. Settle tugasan DSV dia.